Monday, November 3, 2008

RAKAMAN PERISTIWA DI MAJLIS SYEIKH ROHIMUDDIN

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt yang Maha Pemurah , lagi Maha Pentadbir maka segala rancangan yang diaturkan untuk meraikan Syeikh Rohimuddin Al Bantani telah selamat dijayakan.

Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki berlaku maka berlakulah sesuatu itu. Alhmadulillah.

Berikut adalah sebahagian foto yang telah saya rakamkan semasa majlis tersebut.


Para jemaah Madrasah Darus Salam sedang menunggu ketibaan Yang Berbahagia Syeikh yang
yang djangka tiba pada jam 1000 pagi.








Beberapa orang pelajar pondok yang baru memulakan pengajian di pondok, yang turut sama menunggu ketibaan Yang Berbahagia Syeikh.


Ketibaan Syeikh, disambut dengan bacaan solawat.





Yang Berbahagia Ustaz menerangkan sesuatu kepada Yang Berbahagia Syeikh.


Sebahagian yang hadir.
Yang Berbahagia Syeikh, memulakan kuliah berdasarkan kitab karangan beliau iaitu Memahami Tasawuf Yang Sohih.

Para hadirin berhenti untuk makan tengahari.


AKTIVITI SEBELAH MALAM

Yang Dihormati Tuan Guru Ustaz Haji Wan Muhd Zukir (Mudir Madsah Darus Salam) memberikan ucapan aluan kepada yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan maulid Dabbei.
Yang Berbahagia Syeikh memulakan ceramah.

Saat terakhir Yang berbahagia Syeikh bersalam dengan hadirin sebelum beliau berangkat pulang.
Semoga Allah mengizinkan kita semua berjumpa lagi di masa akan datang. AMIN.

Sunday, October 19, 2008

MAJLIS MERAIIKAN SYEIKH ROHIMUDDIN AL BANTANI

DIMAKLUMKAN bahawa pada 1 November 2008 (Sabtu) bertempat di Madrasah Darus Salam (Pondok Sri Damai) akan dihadiri oleh seorang tuan guru agama iaitu Syeikh Rohimuddin Al Bantani dari sebuah pasentren Indonesia.

Di antara tujuan kedatangan beliau ke Pondok Sri Damai adalah menghubungkan silaturrahim sesama kaum muslim, di samping untuk membaca kitab beliau yang bernama Memahami Tasawuf Yang Sohih.

Di samping itu, beberapa program lain juga akan diisikan bermula dari pagi Sabtu sehingga ke malam Ahad.

Makanan dan minuman juga disediakan.

SEMUA KAUM MUSLIMIN DENGAN SEGALA HORMATNYA DI JEMPUT HADIR UNTUK BERSAMA MERAIKAN BELIAU DAN MENGUTIP MUTIARA ILMU DARIPADANYA.

SEBARANG PERTANYAAN LEBIH LANJUT, SILA HUBUNGI SAYA - MD SABRI BIN IBRAHIM nO TEL : 019-9040148

ARTIKEL YANG POPULAR