PENGASAS MADRASAH



Ustaz Haji Wan Mohd Zukir Bin Wan Ismail dilahirkan pada 4 Ogos 1962 di Kemaman, Terengganu Darul Iman.


Beliau memulakan pengajian secara tradisional pondok semasa berumur 16 tahun di sekitar Kemaman, Terengganu. Antaranya ialah di Taman Islam dibawah didikan Tuan Guru Hj Abdullah Soleh, murid kepada Tok Kenali.

Kemudian beliau berkampung di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan sempat berguru dengan Tuan Guru Hj Hashim. Semasa di Pasir Tumbuh beliau juga pergi menadah kitab dengan guru-guru di dalam dan luar Pondok Pasir Tumbuh. Antaranya ialah, Tuan Guru Hj Abdullah bin Samah Getting, Baba Sin Surathani, Hj Abdul Aziz Ismail (menantu dan murid Tok Dir Serkam), Baba Ismail Spanjang dan Tuan Guru Hj Saufi bin Said (murid Tok Guru Hj Chik Ko’diang Kedah yang berguru kepada penulis Kitab Syarah Faridah, Tuan Guru Hj Ahmad Burmin). Beliau juga sempat mengaji dengan Syaikh Karim Al Banjari di Mekah.

Tuan Guru Hj Wan Mohd Zukir telah mula mengajar di sekitar Kuantan Pahang sehingga tertubuhnya Madrasah Darus Salam di Kampung Sri Damai, Kuantan. 


ARTIKEL YANG POPULAR