Sunday, March 22, 2009

SELESAI SUDAH MAJLIS MAULIDUR RASUL UNTUK MAC 2009
































Para pelajar madrasah membuat persiapan akhir supaya majlis dapat
berjalan dengan lebih sempurna.














Tuan guru memulakan majlis maulid dengan kata-kata aluan kepada para hadirin.















Majlis bermula di mana buku maulid mula diagihkan kepada para hadirin.

















































Dengan izin Allah swt majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang berbahgia Syeikh Rohimuddin.



















Para jemaah membaca solawat dengan berdiri demi untuk menunjukkan dan membesarkan lagi kemuliaan Rasululah saw.




















































Yang berbahgia syeikh Rohimuddin memberikan penerangan mengenai peri pentingnya membesarkan Nabi Muhammad saw berdasarkan ayat Al Quran dan Al Hadis.



























Majlis diakhiri dengan jamuan untuk para jemputan.
































































Para pelajar madrasah bekerjasama membuat pembersihan kepada peralatan yang digunakan.

Sunday, February 15, 2009

MAJLIS PENJELASAN MENGENAI ITMAM

PADA malam Sabtu 14 Februari 2009 jam 0915 malam bertempat di surau Madrasah Darus Salam, satu majlis perhimpunan dengan pelajar-pelajar Madrasah Darus Salam telah diadakan.

Tujuan majlis ini adalah untuk memberi penerangan kepada para pelajar apa itu ITMAM, tujuan ITMAM ditubuhkan dan memberi penerangan aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pengurusan ITMAM.

Di samping itu juga untuk melantik beberapa orang pelajar bagi mengisi jawatan-jawatan yang masih kosong. Khusus untuk struktur organisasi ITMAM negeri Pahang.





Ustaz Zul memulakan majlis dengan memberikan penerangan mengenai betapa besar fadhilat yang diperolehi kepada orang yang menghabiskan masa kepada jalan Allah swt.





Sunday, February 8, 2009

MAJLIS MAULIDUR RASUL TAHUN 2009

ADALAH dimaklumkan bahawa pada 21 Mac 2009M bersamaan 24 Robiul Awal 1430H iaitu hari Sabtu, satu majlis sambutan maulidur rasul akan diadakan di Madrasah Darus Salam.

Aktiviti sambutan ini akan bermula dari awal pagi Sabtu hingga ke malam Ahad. Di antara aktiviti yang dirancang dari pagi adalah gotong royong menyembelih dan memasak. Jamuan makan tengahari. Manakala di sebelah malam pula akan diadakan majlis ceramah dan diikuti dengan maulid dabba'ei.

Kaum muslim dengan segala hormatnya dijemput hadir. Tidak kira di mana jua anda berada.

Monday, February 2, 2009

MESYUARAT ITMAM PADA MALAM AHAD 2 FEB 2009

PADA malam Isnin 2 Feb 2009 satu mesyuarat AJK ITMAM telah diadakan di surau Madrasah Darus Salam. 

TUJUAN mesyuarat ini diadakan adalah untuk timbalan pengerusi  ITMAM Pahang menyampaikan beberapa arahan dan keputusan yang telah dicapai semasa mesyuarat penyelarasan bagi semua AJK ITMAM seluruh negeri yang telah diadakan di Bukit Jong tempohari. 

Di samping itu juga, untuk memaklumkan kepada semua AJK ITMAM Negeri Pahang mengenai struktur organisasi baru bagi ITMAM negeri Pahang bagi tahun 2009.

Semoga perjuangan  ini dapat terus berkekalan sehingga ke hari kiamat. AMIN.






ARTIKEL YANG POPULAR