Tujuan majlis ini adalah untuk memberi penerangan kepada para pelajar apa itu ITMAM, tujuan ITMAM ditubuhkan dan memberi penerangan aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pengurusan ITMAM.
Di samping itu juga untuk melantik beberapa orang pelajar bagi mengisi jawatan-jawatan yang masih kosong. Khusus untuk struktur organisasi ITMAM negeri Pahang.
Ustaz Zul memulakan majlis dengan memberikan penerangan mengenai betapa besar fadhilat yang diperolehi kepada orang yang menghabiskan masa kepada jalan Allah swt.